Monday, 2 May 2011

TUGAS WARDEN & PENYELIA ASRAMA


SENARAI TUGAS WARDEN ASRAMA

1.                  Mengurus kemasukan penghuni asrama.
2.                  Mengurus rekod kedatangan penghuni asrama di dalam buku kedatangan.
3.                  Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-penghuni asrama mematuhinya.
4.                  Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah.
5.                  Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkahlaku penghuni asrama dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
6.                  Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke rumah dengan mencatatkan ke dalam buku keluar masuk yang disediakan.
7.                  Melantik AJK asrama yang meliputi bidang disiplin, kebersihan, keselamatan, riadah, kebajikan dan agama.
8.                  Memastikan AJK yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.
9.                  Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan menu.
10.              Bertanggungjawab mengawasi kemajuan pelajaran para penghuni asrama seperti memeriksa kad kemajuan, kelas tambahan, kelas persediaan, memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian akademik penghuni asrama.
11.              Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika terdapat penghuni asrama sakit.
12.              Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa/penjaga mengenai masalah kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama dimasukkan ke hospital).
13.              Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni , dorm, keseluruhan bangunan dan kawasan asrama.



SENARAI TUGAS PENYELIA ASRAMA


1.                  Memastikan makanan yang disediakan mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti.
2.                  Memantau penyediaan makanan dan memeriksa bekalan mentah bagi tujuan penyediaan makanan di dapur.
3.                  Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
4.                  Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
5.                  Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat.
6.                  Menyediakan rekod penghuni sakit dan menghantar penghuni asrama yang sakit ke klinik dan hospital.
7.                  Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja asrama.
8.                  Mengurus tentang buku stok keperluan asrama seperti perabut, peralatan dan lain-lain.
9.                  Mengurus semua urusan kewangan asrama seperti buku tunai , kutipan yuran asrama, resit penerimaan asrama, dokumen pembayaran dan lain-lain.
10.              Menyediakan tuntutan wang lebihan makanan asrama.
11.              Menyediakan Laporan bulanan asrama, prestasi pembekal makanan ( 2 kali setahun) dan retan asrama.
12.              Mengurus kemasukan dan pendaftaran penghuni asrama.
13.              Memastikan makan malam dan supper disediakan oleh pembekal makanan.
14.              Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM.

Monday, 18 April 2011

SENARAI TUGAS GPK HEM

1. Bidang Tugas
  • Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin
  • Menentukan penrapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
  • Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
  • Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  • Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.
2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.
2.1.3 Program Pelindungan Murid
  • Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
2.1.4 Kesihatan
  • Mengurus kemudahan rawatan murid.
  • Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
  • Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
  • Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
  • Menyelaras aktiviti kesihatan murid.
2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks
  • Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  • Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
  • Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.
2.1.6 Biasiswa dan Bantuan
  • Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.
  • Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
  • Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.
2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
  • Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.
3. Pengurusan
  • Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.
  • Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
  • Menguruskan pertukaran murid.
  • Menyemak buku kedatangan harian murid.
  • Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
  • Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
  • Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
  • Membantu merancang Takwim Sekolah.
4. Pembangunan Organisasi
  • Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
  • Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.
5. Pembangunan Kendiri
  • Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
  • Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
  • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
  • Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.
  • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
  • Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
6. Tugas-tugas lain
  • Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
(Sumber:Panduan Pengurusan Untuk Guru dan Staf Sokongan Sekolah Menengah Oleh Pn. Hajah Khuzaimah Bt Hj Sulaiman )