Borang Rumusan KWAPM T1 2011
Borang Selengkap KWAPM T1 2011
Friday, 22 April 2011
Monday, 18 April 2011
SENARAI TUGAS GPK HEM
1. Bidang Tugas
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin
- Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin
- Menentukan penrapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
- Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
- Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
- Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
- Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
- Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
- Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.
- Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
- Mengurus kemudahan rawatan murid.
- Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
- Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
- Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
- Menyelaras aktiviti kesihatan murid.
- Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
- Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
- Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.
- Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.
- Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
- Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.
- Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.
- Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.
- Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
- Menguruskan pertukaran murid.
- Menyemak buku kedatangan harian murid.
- Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
- Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
- Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
- Membantu merancang Takwim Sekolah.
- Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
- Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.
- Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
- Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
- Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
- Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.
- Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
- Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
- Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
(Sumber:Panduan Pengurusan Untuk Guru dan Staf Sokongan Sekolah Menengah Oleh Pn. Hajah Khuzaimah Bt Hj Sulaiman )
Subscribe to:
Posts (Atom)